Penerbitan Bercetak Alif & Sofia

Harta intelek ini turut dikembangkan melalui penerbitan bercetak yang sesuai sebagai bahan bacaan anak-anak.

Majlis Pelancaran Alif & Sofia versi Indonesia

Ayo, Shalat!
Buku Ayo, Shalat! untuk Laki-laki dan Ayo, Shalat! untuk Perempuan diterbitkan dan dipasarkan di bazar buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2019 di Indonesia. Buku ini dilengkapi dengan pembelajaran interaktif panduan solat melalui aplikasi Realiti Terimbuh (Augmented Reality). Ia mendapat sambutan hangat dari pengunjung Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2019, dengan 20,000 unit buku laris dalam masa 3 hari. Buku ini dipasarkan lagi di Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2020 yang berlangsung di Convention Exhibition (ICE) di Tangerang, Jakarta bersempena Majlis Pelancaran Alif & Sofia versi Indonesia. Maskot Alif & Sofia turut hadir pada majlis pelancaran ini bagi memeriahkan program pelancaran dan aktiviti mewarna kanak-kanak. [2][3]


Siri Sayangi Rasul Alif & Sofia
Siri Sayangi Rasul Alif & Sofia mula dipasarkan pada Oktober 2020 melalui aplikasi Shopee. Ia hadir dengan 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Siri ini mengandungi 4 buah kisah Rasul, di adun dengan bahasa yang mudah difahami dan amat sesuai sebagai bahan bacaan kanak-kanak. [4]

Buku Siri Sayangi Rasul Alif & Sofia yang boleh didapati dari aplikasi e-dagang.
Siri Sayangi Rasul Alif & SofiaMy Prophet Series with Alif & Sofia
BilTajuk Bahasa MelayuTajuk Bahasa InggerisRasul
1Nabi Nuh a.s. Kapal Yang BesarProphet Nuh a.s. And The Great ShipNabi Nuh a.s.
2Nabi Yunus a.s Ditelan Ikan NunProphet Yunus a.s. And The WhaleNabi Yunus a.s.
3Nabi Sulaiman a.s. Dengan Ratu BalqisProphet Sulaiman a.s. And Queen BalqisNabi Sulaiman a.s.
4Nabi Muhammad SAW Lahir Pada Tahun GajahProphet Muhammad s.a.w. And The Year of ElephantNabi Muhammad SAW


Rujukan

WikiPedia: Alif & Sofia https://www.genpi.co/gaya-hidup/38875/orang-tua-ki... https://www.asianacademycreativeawards.com/ https://www.linkedin.com/company/blindspotstudios/ https://25j12o2yh5jz386f6x10j2nd-wpengine.netdna-s... https://www.youtube.com/c/AlifSofia https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2020/10/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/03/552498/alif-... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2020/10/63... https://www.primeworks.com.my/portfolio-item/alif-... https://shopee.com.my/-NEW!!!-SIRI-SAYANGI-RASUL-A...